Salam.
Blog ini hanya sebagai catatan.
Babah bukan penulis besar yang pandai menyusun kata-kata.
Tidak juga begitu dungu sampai tak tahu berkata-kata.
Menulis dan mencatat apa sahaja yang berlaku di dalam keluarga babah cukup untuk rasa bahagia.
Hari ini 2 Mac 2009 babah buat keputusan untuk tidak pergi kerja, ambil emergency leave. Azim, kakak dan iman kena keracunan makanan. Iman alhamdulillah dah sembuh dan boleh bersekolah. Azim makin teruk keadaannya. Shasya agak ok. Babah pun rasa malas juga hendak pergi kerja dan dengan alasan ini babah ambil e.l.
Selepas babah hantar angah dan iman ke sekolah, rasa boring pula pagi-pagi ni. Babah buka internet dan teringat nak buat dairi keluarga. Maka lahirlah catatan keluarga babah pada hari ini.
Mulai hari ini, apa sahaja yang berlaku pada keluarga babah akan babah catatkan di sini supaya senang untuk diingati.
Babah berharap keluarga babah sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.
Wassalam.
Monday, March 02, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
terima kasih atas komen anda